Diriku, Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri, Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, Tersentuh dengan daulat-Nya Merasa terpikul amanah ad-deen ini. Bukan kerana kau berjemaah, Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.
Diriku, Seringkah kau mencari jalan, Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya, Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya, Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu. Ketahuilah diriku, Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang, Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya, Terlalu banyak kurang & salahmu.
Diriku, Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang.. Muhasabahlah dirimu kala sunyi, Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan, Padanya ada bekalan Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.
Diriku, Pada nawafil & amalan sunat Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu, Pada qiamullail di keheningan malam, Bersama bisikan doa & munajatmu, Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu, Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya, Di situ ada bekalnya... Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat, Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.
Diriku, Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah, Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat, Ada ketenangan dan kekuatanmu...Cekalkanlah hatimu wahai diriku........
..:: Abadi Dalam Harum Nama ::..
Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli.
Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malamnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara.
Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama.
.:: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ::.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
0 comments:
Post a Comment